Bosan itu jika kita tiada sesiapa dan apa-apa yg boleh dilakukan. Saat tinggal seorangan diri, tanpa sesiapa di sisi, itu erti sebenar kebosanan. Namun, adakah kita mampu merasa bosan kerana melalui rutin kehidupan yang sama berulang-ulang kali? Bagi mereka yang inginkan 'thrill' dalam hidup mereka, sudah pastinya melalui rutin yang biasa itu satu penyeksaan. Namun bagi manusia yang sudah terlalu lama hidup dalam pusingan hidup yang menjadi rutin, bagi kami, itulah kehidupan yang normal.

Apa yang harus dilakukan. Kiya berteriak mngenai hukum dan hakam tapi hakikatnya, saat berpasangan, semua itu diketepikan atas nama CINTA. haruskah kita mnjadi begitu, hanya kerna BOSAN dengan rutin hidup? Entahlah. Ada kalanya hidup itu seperti tiada hala tuju dan kiya seperti menghabiskan sisa-sisa hidup yang berbaki entah berapa lama.

Aku ini sudah biasa melalui rutin hidup. Pusingan kehidupan yang seperti telah ditetapkan kepada ku namun pabila rutin hidupku terganggu, kucar lanar semua perjalanan hidupku. Tetapi, ianya juga satu pelajaran hidup yang baru dan suasana yang baru juga buatku. Ku harapkan ketabaham dan kekuatan akan sentiasa bersama dengan ku untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.

Wallahu'alam bissawab...

Jazakallahu khairan...

Che'gu Nuar