Pasti, aku pasti, dalam perjalanan hidup, kita pasti akan ketemui insan-insan yang negatif dalam hidup kita. Kesannya harus kita nilaikan dengan sendiri tanpa ada desakan atau hasutan dari pihak-pihak yang negatif. ambil satu masa yang terluang sendirian. Tanpa prejudis kepada mana-mana pihak atau individu. Selongkar kembali perjalanan hidup, setiap kelebihan dan kelemahan. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah kerana kesan dari keputusan-keputusan yang telah kita lakukan. Apatah lagi jika keputusan-keputusan itu telah dicampur-adukkan dengan hasutan-hasutan luar. Akibatnya, diri sendiri lah merana.

Alhamdulillah, walaupun aku dalam situasi yang benar-benar menguji ketabahan aku sebagai seorang Hamba Allah di muka bumi ini, aku dikurniakan dengan insan-insan dan individu-individu yang amat positif, yang selalu memberikan kata-kata positif kepada ku untuk meneruskan kehidupan ini. Walaupun aku terpaksa merangkak untuk memulakan hidupku kembali setelah kehilangan segala-galanya. Aku pun masih pelik, kehancuran telah pun berlaku, perpisahan pun telah terjadi, kenapa masih lagi manusia-manusia yang seakan suka melihat penderitaan yang telah pun dilakukan? Ketahuilah, Allah Maha Berkuasa... Allah Maha Adil... Dan aku, aku lebih suka berfikiran positif dalam kehidupan kembali. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat sesiapa sahaja. Cuma, janganlah muncul semula dalam hidup ku setelah kehancuran yang masih lagi sukar untuk di akui.

Wallahu'alam bissawab.... Jazakallahukhairan.

Che'gu Nuar...