Hiruk-pikuk lalulintas dihadapan ku tidak sekali-kali mengganggu konsentrasi ku untuk terus menulis di dalam blog ku ini. Topik yang ingin sekali aku utarakan, mengenai jalan-jalan kehidupan yang sudah tentu, akan ketemui liku-likunya yang sama sekali sukar untuk kita elakkan. Setiap jalan itu pasti kita tempuhi namun dengan ketabahan dan kekuatan hati untuk menempuhi setip liku yang dihamparkan di dalam perjalanan kita. Namun, andai kita utuh pada ketentuan yang ditetapkan Allahh SWT, maka, ianya akan memudahkan setiap perjalanan yang kita tempuhi.
Laju ku lihat kenderaan yang melintasi jalan di hadapan ku tika ini. Mungkin kerna jalan itu lurus, tidak punyai liku yang tajam supaya mereka memperlahankan kenderaan. Pengajaran ini juga boleh kita terapkan di dalam kehidupan kita. Dalam kelajuan langkah kita melalui kehidupan, andai kita terserempak dengan selekoh yang tajam, sudah pasti kita harus memperlahankan langkah kehidupan kita sebentar, agar tidak berlaku TRAGEDI. Namun, andai malang itu dapat kita hidu, sudah pasti, tiada insiden kemalangan yang akan berlaku, kan? Itulah keindahan sebuah kehidupan. Kita takan dapat menjangkakan masa depan yang belum tentu kepastiannya. Setiap langkah yang di lalui, harus dilakukan dengan KEPUTUSAN yang betul. Kerna, setiap yang berlaku itu adalah kerana keputusan-keputusan yang kita ambil sepanjang melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi Nya ini.
Ketahuilah... Setiap apa yang kita lakukan, semuanya akan melalui proses minda yang dinamakan berfikir. Kesan daripada apa yang akan berlaku selepas itu adalah disebabkan apa yang kita fikirkan sebelum kita melakukan tindakan itu. Kewajaran dan kepastiannya akan dapat segera kita dapati setelah kita membuat keputusan dan meneruskan tindakan kita berdasarkan keputusan yang telah kita lakukan itu. Begitu rona sebuah kehidupan, Harapan bagi ku ini agar tidak lagi aku membuat kesilapan dalam membuat keputusan sekali lagi. Biarlah aku berhenti sebentar, mencari nafas, memikirkan dengan sebaik-baiknya keputusan yang bakal ku lakukan sebelum aku kembali melangkah semula...