Andai kau masih lagi dikelilingi dengan gelak ketawa, ketahuilah, kau masih lagi ada bahagia di dalam hidup mu. Tidak seperti aku... Aku masih lagi keseorangan. Aku lalui setiap malam-malam ku tanpa kehadiran insan-insan kecil yang amat aku sayangi. Apakah kehilangan yang aku alami sekarang ini?
Jelas sekali, aku kehilangan gelak tawa anak-anak kesayanganku. Aku amat menyayangi anak-anak Ku. Sudah tentu, anak-anak yang lahir itu hadir di dunia ini kerana cinta ku pada nya. Namun, kerana hati yang terluka, aku dipisahkan dari semua itu. Tiada lagi kedengaran malam-malam ku, tangis tawa anak-anak ku. Tiada lagi berkumandang suara kecil anak-anak ku bermain sebelum mereka lena. Zalim kah aku untuk menerima hukuman seperti ini? Aku manusia yang ZALIM? Yang membiarkan insan-insan yang aku sayangi keseorangan? Yang membiarkan insan-insan yang aku sayangi kelaparan? Yang membiarkan insan-insan yang aku sayangi merempat?
Aku tinggal keseorangan.... Tiada malam-malam yang aku lalui tanpa air mata ku mengalir merindui anak-anak ku. Andai aku seorang yang zalim, aku pasti, aku menzalimi hanya seorang sahaja manusia, tetapi, kenapa dipisahkan kasih sayangku daripada mereka? Aku merempat, menagih simpati hanya kerna sesuap nasi... Aku tidur bertemankan stereng dan nyamuk-nyamuk di dalam kereta, sehinggalah pertolongan dari insan yang bergelar sahabat, menawarkan aku untuk tinggal sementara di dalam tempat kerjanya hingga aku dapat mencari kembali kekuatan hidup ku kembali. Itulah sebenar-benarnya manusia yang layak ku gelar SAHABAT, dan bukan seperti seorang manusia yang ku anggap SAHABAT tapi sebenarnya MUSUH DALAM SELIMUT dengan memusnahkan segala-galanya dalam hidupku. Amin, Ya Rabbal 'Alamin. Ya Allah, hanya pada Mu, aku tadahkan tangan ku ini untuk berdoa, Ya Allah.
Dan sekarang, Alhamdulillah, ketabahan dan kekuatan ku kembali semula. Sedikit demi sedikit, walaupun aku akui, amat perit kerana terpaksa merangkak kembali untuk meneruskan hidup, aku semakin pulih dari PERPISAHAN ini. Kekuatan yang aku cari dan aku bina TANPA ada hasutan dan dorongan dari mana-mana pihak. Aku berdikari sendiri, dengan kemampuan yang tinggal hanya sekelumit, aku keluar dari kepompong derita perpisahan ini. Namun, hakikat dan kebenaran masih lagi tetap menghantui. Kenapa aku dipisahkan sebegini? Andai aku yang bersalah, tidakkah aku masih tidak cukup memohon keampunan dari nya? Biarlah... semuanya telah pun berlaku. Waktu takan berputar kembali ke masa dahulu. Apa yang telah berlaku, aku anggap satu pelajaran hidup yang sangat-sangat bermakna dan penting. Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang walaupun kita kenali bertahun-tahun. Kelak diri sendiri yang akan merana. Jangan lagi selepas ini, ada insan ketiga yang akan hadir mengakui seorang SAHABAT, tapi, akhirnya kelak menikam ku dari belakang. Takan lagi aku mempercayai kehadiran sesiapa yang ingin bersahabat dengan ku.