Selamat Hari Lahir, Mamy Poko... Ayah sayangkan Fahmi.. Maafkan ayah kerana tidak ada bersama-sama Fahmi pada hari ini... Maafkan Ayah kerana tiada hadiah-hadiah yang bermakna untuk Ayah berikan sempena hari kelahiran mu, Fahmi... Hanya doa agar Fahmi akan menjadi anak yang soleh untuk berbakti kepada Ummi, Kakak Aina dan Abang Faris... Fahmi janganlah risaukan Ayah... Walau Ayah pada hari ini, masih lagi memikirkan, bagaimana hendak Ayah buat untuk dapatkan rezeki untuk Ayah suapkan ke mulut Ayah hari ini, namun, Ayah tahu, Fahmi bersama Ummi, Fahmi takan rasa kesusahan... Semoga Allah jadikan Fahmi, anak yang soleh, Insya Allah... Doakanlah kesejahteraan Ummi, Kakak dan Abang... Mereka yang sebenarnya gigih membesarkan Fahmi, bukannya Ayah... Maafkan Ayah kerana menjadi Ayah yang tidak sempurna buat Fahmi...