Alhamdulillah... Segala Pujian ku panjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana telah memberikan ku ujian yang setelah ku ketahui, hanya lah sekelumit sahaja berbanding ujian Nya terhadap hamba-hamba Nya yang lain. Benarlah, jika kita hanya meratap nasib diri kita sendiri sahaja, tanpa kita buka mata dan minda kita, jelas, kita dapat melihat, bahawa dugaan hidup insan lain lebih teruk berbanding dugaan yang ku terima ketika ini... Ya Allah... Sesungguhnya, rahmat Mu, tidak mengenal sesiapa pun, Ya Allah...

Malam ini, ku rasakan satu ketenangan yang sukar bagi ku untuk ku coretkan di sini. aku tak tahu, bagaimana hendak aku mulakan ayatku, namun, hatiku amat tenang. hanya satu ayat, sudah cukup membuatkan mindaku dan hati ku terasa, segala-galanya memang jelas dan sahih. Jangan sekali-kali kita ingkari perintah Allah... Jangan kita sekali-kali kita menidakkan kuasa Allah... Segala yang berlaku di muka bumi ini, adalah dengan kebenaran dan izin Allah.... Percaya kepada Qadha dan Qadar itu juga termaktub dalam Rukun Iman itu sendiri... Persoalan yang harus kita muhasabah kepada kita setiap saat ialah, bagaimana kedudukan IMAN kita pada hari ini.... Itu yang lebih tepat, berbanding dari kita bertanya, mengapa diberikan dugaan sebegini... Belajar untuk meredhai itu bermakna, kita belajar untuk percaya, bahawa Allah itu Yang Maha Memberi, dan Dia juga Maha Mengambil balik nikmat yang kita kecapi...

Allahu Akbar.... Malam ini, sangat indah... Hati ku ini, sangat tenang... Aku ingin belajar meredhai segala-galanya... Biarlah apa kata-kata orang... Bukan pandangan orang yang aku fikirkan sekarang ini... Setakat ini, adakah ada satu perkara yang aku lakukan, telah Allah redhai... Hingga saat aku menulis ini, adakah Allah telah ampunkan dosa-dosaku..? Adakah cukup ibadahku kepada Nya hingga saat ini kepada Nya..? Adakah aku telah mengingkari perintah Nya pada hari ini...?

Aku hanya hamba Allah yang biasa... Aku tidak lah sehebat Sheikh-sheikh di Mekah Al Mukarramah... Belajar untuk memperkasakan iman ku ini, ku rasakan, ianya lebh bermakna dari segala kemewahan di dunia yang hanya persinggahan sementara ini. Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, tetapi, beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu akan mati esok hari...

Sebelum mencari keredhaan Allah, aku tertanya-tanya, adakah pada hari ini, aku telah menzalimi orang lain..? Adakah aku telah membuatkan seseorang terasa hatinya kerana sikap aku pada hari ini..? Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun... Untuk mendapatkan keampunan dari sesama manusia itu yang begitu sukar untuk terlaksana... telah ramai aku telah lukakan hati dan perasaan mereka... Aku juga telah menzalimi seseorang yang menyayangi aku... dapatkah aku keampunan dari mereka...? Dapatkah mereka mengampuni aku....?