Ku pandu CBJ kesayanganku, melalui lebuhraya LPT, dengan harapan, agar sempat untuk aku sampai ke masjid Kg. Padang bg menunaikan solat Jumaat. Hujan lebat semakin mencurah-curah hingga mengehadkan pandangan ketika aku memandu. Aku perlahankan kelajuan... Entah mengapa, terdetik hatiku untuk memasuki lebuhraya walaupun masih ada lagi jalan alternatif untuk ku pulang ke rumah. hampir 20 minit perjalanan, suatu peristiwa membuatkan aku berhenti dan berpatah balik walaupun ianya berlaku di arah lebuhraya yang bertentangan. Satu kemalangan maut telah berlaku, dan pada ketika itu, hanya aku yang sanggup berpatah balik untuk menilai sebenar situasi tersebut. Apa yang menyebabkan aku berpatah balik, kerna aku melihat sekujur tubuh yang aku ingatkan tubuh tidak bermaya seorang kanak-kanak. Satu petanda lagi, apabila aku melihat, barangan bayi bertaburan di atas lebuhraya. Aku bukakan tingkap kereta ku di dalam suasana hujan lebat, aku jeritkan kepada pemandu itu, supaya selamatkan budak yang aku tahu, pasti telah tercampak dari kenderaan mereka. Pemandu berbangsa cina itu hanya menunjukkan tanda, bahawa insan yang tercampak itu sudah tiada... Aku tersentak sebentar.. aku matikan enjin kereta ku untuk membantu beliau... Bila aku melintas lebuhraya, baru aku sedari, tubuh yang tidak bermaya itu adalah tubuh isteri pemandu... Lantas, aku bertanya, bagaimana dengan anak mereka? kerna bertaburan barangan bayi di atas lebuhraya. Beliau menyatakan bayi mereka yang aku anggarkan berusia 6 bulan selamat, di sebalik kerusi bayi yang di tambat kemas pada tali pinggang keledar belakang. Aku menepuk nafas lega. Aku seorang bapa... Jika sesuatu berlaku terhadap anak-anak ku, pasti aku sukar untuk menerima keadaan pada saat itu.. Lelaki Cina itu mulai menangis di sisi mayat isteri nya. Aku pujuk beliau agar pergi untuk menjaga bayi mereka itu... Lebih kurang 5 minit aku memujuk dia, akhirnya dia akur... Aku pujuk lelaki itu agar tabah... Yang pergi telah pun pergi... Perhatian seharusnya diberikan kepada bayi nya.. Aku pinta lelaki itu memeriksa bayi mereka sekiranya ada tanda-tanda luka atau trauma... Lega aku lihat, anak nya tersenyum melihat wajah ayah nya yang sedang menangis... Aku tenangkan suami mangsa... Aku sarankan agar dia menelefon keluarga yang berhampiran dengan lokasi ini. Ketika itu lah, seorang lelaki berbangsa Melayu dari arah yang sama memberhentikan kenderaan dan menelefon talian kecemasan LPT dan juga polis.... Pihak Polis dan Peronda Lebuhraya tiba di tempat kejadian lebih kurang 20 minit selepas kejadian berlaku... Sepanjang masa menantikan ketibaan pihak berkenaan, aku duduk di tepi beliau, menenangkan beliau, memberikan kata-kata semangat kepada beliau... Menyuruh beliau lebih sabar menerima hakikat agar beliau dapat berfikir dengan lebih rasional... Aku hanya fikirkan anak nya yang sesungguhnya amat memerlukan ibunya... Apakan daya, ibu nya telah pergi untuk selama-lamanya... Melihat wajah bayi itu yang senyum melihat aku, terus mengalir air mata ku tanpa aku sedari... Anak itu telah kehilangan ibu nya buat selama-lamanya... Kini tinggal kasih seorang bapa untuk menjalankan tanggungjawab ibu nya yang telah tiada...

Mengapa boleh terdetik untuk aku melalui LPT pada saat itu...? Adakah Allah SWT ingin aku mengalami situasi tersebut...? aku pasrah... Kemalangan itu membuatkan aku lebih tabah dan cekal untuk meneruskan perjuangan mencari cinta isteri ku yang kini hilang terhadap ku sekarang ini... Akan aku teruskan perjuangan cinta ini hingga semuanya benar-benar telah berakhir... Sesungguhnya, Abang cintakan Ayang... Selamanya....