merdu bunyi cengkerik bersahut-sahutan dipinggiran hutan... kedengaran kicauan burung yang mungkin, tersalah masa untuk terjaga... Rakan guru ku, semuanya sudah lena dilamun mimpi, namun, aku tetap sedar dalam jaga, ntah kenapa sukar untuk aku mendapat lena di malam hari.. adakah ini satu balasan atau dugaan kerna aku sudah tidak lagi merasai nikmat tidur di malam hari...
Sunyi, damai, tenang... Indah bila aku hayati setiap saat tatkala ini... Makin ligat minda ku ini berputar untuk menaip sesuatu bagi blog aku ini... Baru aku ketahui, kenapa semakin ramai yang melibatkan diri dalam blog-blog sebegini... Aku dapat meluahkan apa perasaan aku di satu-satu ketika dan pandangan aku mengenai sesebuah isu... Lega dan lapang rasanya, dapat ku titipkan di sini, kerna, selama ini, semuanya hanya ku pendamkan di dalam hati..
Awal sungguh kedengaran kokokan ayam di sini... Mungkin itu kokokan menandakan bahaya rasanya... Tapi, kokokan itu menambat hati dan minda ku, memberitahu, malam ini bakal berakhir sudah... Pagi semakin menjelma... Namun aku...? Masih segar mata dan minda ku seperti malam-malam yang lain... Apatah lagi, aku sedang berada di wakaf j-QAF, berbekalkan comforter sebagai alas, dan 2 biji bantal sebagai peneman, laju jari-jemari ku menaip di kala ini...
Kabus, sekarang, ku lihat melintasi lampu limpah di bangunan baru sekolah ku... Tebal... Ku lihat, rakan guru ku makin menarik selimut mereka... Dan, sejuk itu sudah pasti, dengan cuaca yang tidak menentu, hujan mencurah-curah sepanjang malam... Bagi ku, cukup selesa dengan keadaan sebegini... Kerna, kebiasaannya, aku menaip, dalam keadaan yang panas di ruang tamu rumah ku...
Alhamdulillah, setakat waktu ini, tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku... Kami, guru-guru yang bertugas untuk malam ini pun, merasakan lega di hati masing-masing. Jadi, boleh lah diteruskan dengan agenda di dalam lena... Dan aku...? Masih setia di sini...