Fuhh... gerak gempur UPSR... bunyi macam nak pilihanraya jer, tapi, itulah dia bagi guru-guru di Sekolah Rendah seluruh Malaysia sekarang ini... Minggu hadapan, setiap titik peluh, keringat yang mengalir, mendidik murid-murid selama 6 tahun berada di Sekolah Rendah, masanya tertumpu hanya untuk 3 hari peperiksaan ini...

Malam ni, program Gerak Gempur UPSR sekolah aku, dilaksanakan dalam kawasan sekolah... Maklumat yang ku terima tadi, hanya seorang sahaja calon yang tidak dapat menghadiri program ini kerana tidak mendapat kebenaran dari penjaganya... Aku pelik lar dengan parents sekarang nie... Kami, guru-guru lakukan semua ini untuk pencapaian anak mereka, tapi, kenapa begitu sukar untuk kami mendapat kerjasama yang cemerlang dari mereka... Inilah hakikat dan dugaan guru alaf ini... Kalau cemerlangnya anak, bukan kerana guru, tapi, kerana anak mereka sendiri... Sampai begitu sekali kesombongan yang diberikan kepada guru... Tapi, kami tetap telan juga kerana kami tahu, itu adalah kejayaan kami juga...

Aku dah stand by dah, TOTO ngan bantal, tapi, aku tau, aku takan terlena begitu sahaja, kerna itu, aku bawa laptop kesayangan ku ini bersama, peneman sejati aku dan alam siber ini... Stok rokok, siap.. sempat tadi aku singgah di kedai, membeli stok untuk malam nie..

Tatkala aku menaip, dapat kedengaran suara guru-guru lelaki yang sedang menikmati hidangan yong tau foo, ada sponsor besor kata mereka, kedengaran juga, suara murid-murid yang sepatutnya diam 40 minit yang lepas... Ye lah.. malam pertama, siang tadi pun, apa sangat aktiviti yang mereka lalui... Malam esok, barulah mereka akan ketahui, betapa bermaknanya saat ditemukan dengan toto dan bantal... Aku lihat jadual mereka padat keesokkan harinya.. Biarlah untuk malam ini.. Aku pun, bolehlah meluangkan masa untuk menulis titipan pada saat ini...