Terseksa rasanya, bila sesuatu yang kita harap, tak mampu untuk berfungsi lagi.... Jangan fikir yang bukan-bukan, yer... Apa yang aku maksudkan ialah telefon bimbit kepunyaan aku nie... Tak berbunyi dah, ntah, apa yang rosak agaknya... Aku ingat lagi, apa yang aku rasakan punca ianya jadi begitu. Satu malam tu, aku ralit menonton video-video tentang pergolakan yang berlaku di negara-negara Arab, seperti Libya, Egypt, Syria, dan Bahrain... Masa tu, aku masih lagi menonton video-video yagn dipostkan oleh jurukamera amatur, yang merakamkan saat-saat mengerikan di laptop kesayangkanku.... Kemudian, bateri laptop ku sudah memberitahu, aku perlu mengecas semula baterinya, tapi, aku terus matikan laptop ku, dan bertukar ke telefon bimbitku. Cuma, ketika aku menggunakan telefon bimbitku, aku mengenakan headset supaya tidak mengganggu isteri dan anak-anakku yang sedang tidur. hampir sejam lebih aku menonton, kadar nguapan aku semakin kerap, menandakan sudah sampai waktunya untuk aku merehatkan badan dan minda ku. Sebelum aku letakkan telefon ku itu, aku cabut headset yang telah aku pasangkan pada mulanya.

Terjaga sahaja aku dari tidur, aku perasan, alarm yang aku set di telefon ku, tidak berbunyi... Hanya kedengaran getaran-getaran kecil yang aku dengari. Mujurlah aku sedar dengan bunyi getaran itu, kalau tidak, terlamabatlah aku untuk ke tempat kerja hari itu... Saat itu, aku masih lagi tidak menyedari, fungsi bunyi pada telefon ku itu sudah tidak berfungsi lagi... Tiba aku di tempat kerja, tergerak hati ku ini untuk melihat paparan di telefon ku... aku lihat, misscalled dari isteriku sebanyak 5 kali... Aku tertanya-tanya, kenapa aku tidak menyedari isteriku sedang membuat panggilan...Aku teliti kembali telefon ku itu... Bukan nya ia dalam Silent Mode... Sejak dari saat itu lah, hingga kini, telefon ku mendiamkan diri... tiada lagi bunyi ringtone yang aku pilih dari senarai lagu kegemaranku lagi... Apalah yang berlaku kepadamu, wahai telefon bimbitku...? Sabtu ini, akan aku hantar ia ke 'doktor' untuk mengenalpasti apa penyakit mu....